NAA INAPDUSUN DURIAN TAIPING

KAMPUNG BANGGOL PASIR CHANGKAT JERING TAIPING PERAK

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI NAA INAPDUSUN DURIAN TAIPING, PERAK.

Retreat keluarga eksklusif dalam dusun durian — sebuah Villa, Roomstay 5 bilik dengan dekorasi unik dan selesa.
Menawarkan harga mengikut bilik standard, family premium connecting room dan boleh juga menempah kesemua 5 bilik (Full pacage booking). Pakej pilihan dengan private pool dan BBQ. Dikelilingi udara segar, anak sungai & suasana alam semula jadi. Lokasi strategik, hanya beberapa minit dari Tol Changkat Jering & Pekan Sari serta bandar Taiping.

SERBA SEDIKIT BERKENAAN INAPDUSUN....

KEMUDAHAN

NAA INAPDUSUN

TEMPAT PARKING YANG LUAS 7 KERETA

Wi-fi UNIFI percuma 500MBPS

TEMPAT BARBIQUE

 KOTAK tv ANDROID

KOLAM BOT FIBERGLASS PRIVASI

AIRCOND SETIAP BILIK

KEUNIKAN

NAA INAPDUSUN

KOLAM BOAT FIBERGLASS

KELUASAN BOAT POOL ADALAH 17′ X 10′ BOAT ASLI DIUBAHSUAI MENJADI POOL

BARBEQUE

SEGALA ALAT DAN ARANG DISEDIAKAN SEKIRANYA DIBERITAHU (MAKANAN PERAP TIDAK DISEDIAKAN)

KAWASAN BERPAGAR

KAWASAN SELUAS 0.8372 HEKTAR SESUAI UNTUK AKTIVITI KELUARGA DAN PARKING LUAS

MENGINAP DI DUSUN

MENGINAP DI DALAM DUSUN DURIAN SAMBIL MENGUTIP BUAH DURIAN (HANYA PADA MUSIM )

TOL CHANGKAT JERING

JARAK TOL CHANGKAT JERING DENGAN INAPDUSUN HANYA MEMAKAN MASA 5 MINIT

PERTANIAN PENTERNAKAN

MENGHASILKAN DURIAN MYGAP BEBAS RACUN DAN MENTERNAK LEBAH KELULUT

NAA INAPDUSUN DURIAN

INFO BILIK

photo_2024-12-22_21-33-41

BILIK 1A & 1B

CONNECTING FAMILY ROOMS PREMIUM

TINGKAT 1

photo_2024-12-22_21-35-11

BILIK B2

STANDARD ROOM

TINGKAT BAWAH

photo_2024-12-22_21-35-06

BILIK B3

STANDARD ROOM

TINGKAT BAWAH

 

photo_2024-12-22_21-51-41

BILIK
B4

GLASS ATTIC / LOTENG 

TINGKAT 2

Testimoni

PELANGGAN INAPDUSUN

Sangat selesa dan harga berpatutan.. recommended.
Samaeyah Kamarudin
Kuala Lipis
Mmg terbaik. tenang, bersih dgn tilam bantal yg byk. xperlu angkit toto tambahan dah.....pokok buah2an di sekeliling rmh, anak sg dan bunyi angsa yg menyambut kedtgn mmg betul2 kedesaan...mmg nk dtg lg nnti..
Junaini Mashuri
Pahang
Pengalaman bermalam yg sgt selesa dan terbaik...rugi bukan musim buah..insyallah kalau ada kesempatan boleh datang lg.
Azie
Pahang
Sangat2 berpuas hati dgn bilik dan buah durian. InsyaAllah tahun depan p lg.
Atthiyyah Ariff
Perlis
suasana kampung yang real.
Fadzilah Samsudin
Kedah
Suasana yg indah dn menenangkan...family happy!!! after PKP.
Siti Khalisyah Zakaria
Pulau Pinang

MARI CIPTAKAN MEMORI ANDA DISINI

DI NAA INAP DUSUN

(NEW) MINI SPA SYIFA'

MEMANCING IKAN

BARBEQUE

MARI MAKAN DURIAN

SELAMAT HARI RAYA

PROGRAM KEAGAMAAN

BERGAMBAR SERIBU KENANGAN

PROGRAM SEKOLAH

BERKAWAD

LAKONAN PERGAMBARAN

ciri keselamatan

DI NAA INAP DUSUN

ALAT PEMADAM API

KAWASAN BERPAGAR

FIRST AID KIT

FAQ

InapDusun menyediakan 5 bilik iaitu 2 bilik yang bersambung (CONNECTING), 2 bilik privacy dan 1 loteng.

Harga bergantung pada tarikh penginapan , rate semua tak sama.. setiap bilik lain-lain harga.. Jika nak sebutan harga sila beri tarikh penginapan, pihak inapdusun akan beri harga.

  • 5 Minit tol changkat Jering
  • 3 Minit Pekan Sari (Sehari) Changkat Jering
  • 3 Minit Surau Taman Menteri
  • 2 Minit Pasar Mini Saburthan
  • 3 Minit Figtopia Buah Tin
  • 15 Minit ke Bandar Taiping

 

Tidak boleh, kerana inapdusun adalah tempat pertanian di bawah pengawasan MyGap dan ternakan lebah kelulut, tetapi kami menyediakan alternatif lain iaitu Barbeque hanya khusus di tempat kami sediakan sahaja . Pelanggaran SOP ini akan menyebabkan deposit anda akan ditarik sepenuhnya. Pertanyaan Lanjut boleh hubungi kami.

Kelengkapan kami sediakan seperti berikut:

  • 2 kain tuala mandi bagi setiap bilik
  • 2 botol air mineral bagi setiap bilik
  • 1 iron bagi setiap bilik
  • 1 Electric Kettle setiap bilik
  • Sejadah bagi setiap bilik
  • 2 toto, 2 selimut dan 2 bantal tambahan bagi setiap bilik.
  • 2 cawan minuman
  • Sabun mandi
  • 2 mini bar (Hanya di Bilik 1A & 1B) 

Anggran parking kereta boleh memasuki adalah 7-10 buah kereta tetapi untuk memudahkan keluar masuk disyorkan hanya 7 buah kereta maximum

Hospital Taiping melalui Jalan Air Kuning mengambil masa 14 Minit iaitu 8.6 km dari InapDusun.

Ya sangat sesuai, kerana kawasan kami yang luas berpagar tidak diganggu orang luar dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan mengikut kreativiti anda. Antara aktiviti pernah dilakukan keluarga sebelum ini:

  • Berkhemah
  • Memancing
  • BBq
  • Bowling Padang
  • Memanah
  • Explorace  

Disarankan untuk membuat aktiviti seperti ini di luar musim durian….

Untuk booking di InapDusun perlu sebulan awal, pihak InapDusun tidak menerima booking Urgent atau beberapa hari dari tarikh masuk. Pihak InapDusun mengesyorkan untuk mengkaji dahulu sebelum membuat tempahan adakah inapdusun ini sesuai dengan anda. Sekiranya anda bersetuju anda boleh membuat separuh bayaran untuk booking dan dalam tempoh tiga hari sebelum check-in perlu membayar penuh termasuk deposit yang akan dipulangkan sekiranya tidak berlaku apa2 kerosakan .  

Deposit akan dipulangkan dalam masa sehari selepas check-out untuk pemeriksaan.

Tandas yang kami sediakan adalah tandas cangkung kesemuanya tetapi kami menyediakan portable toilet seat di setiap tandas bagi yang mengandung, tua atau sakit lulut. 

Sekiranya mempunyai alahan kulit dari serangga seperti nyamuk, semut atau lain2 (Mengikut musim) boleh membawa ubat sapu sendiri, pihak inapdusun telah menyediakan ridsect untuk anda.

Kami menyediakan tangki air 200 gelen untuk setiap kali kegunaan, selalunya akan habis sekiranya ramai pengguna kerana tangki tidak sempat penuh, jadi disarankan untuk berjimat sekiranya ramai.